Mia, kau masih di sini? Fikirku kita sudah bercabangan. Sudah berpaling membawa haluan. Mana mungkin Mia? Kita adalah ibarat aur dan tebingan. Bah lah sekelian alam, kita tetap bersama.
Hai Mia, betapa hari ini, aku lihat air mata kau jatuh lagi. Kenapa Mia? Apa yang gusar?
" Aku butuh perhatian, dan aku tidak bisa memilikinya "
Yakinkah kau pada aturan bicara mu? Benarkah perhatian itu tidak pernah milik kamu? Lihatlah Mia. Bicara kau pada dunia, lupakah kau juga bicara dengan pencipta mu?
Betapa tidak satu saat pun kau hilang dari perhatian. Lagi sendu apa yang kau nyanyikan? Mia, cinta itu ada. Cinta itu di dalam kau. Cinta itu sejak azali lagi.
Sediakah kau melihat ke langit? Lihat langit, bintang-bintang. DI sana, jauh memerhati, dan kau tidak pernah sendiri-sendiri.
" Barangkali dunia dan nafsu menjadikan aku leka "
Kerana itu jugalah, aku masih bersama mu Mia. Aku sayang kamu, apa adanya.